

Acer Malaysia membawa masuk dua lagi model komputer riba dalam segmen permainan iaitu Acer Predator Helios 300 dan Acer Nitro 5 dengan pelbagai spesifikasi yang ditawarkan. Kedua-dua model ini menyediakan pemproses Generasi Ketujuh dan kad grafik NVIDIA GeForce terbaru.
Acer Predator Helios 300


Komputer riba ini menampilkan pengoperasian Windows 10 beserta Intel Core i7-7700HQ dan GPU GeForce GTX 1060. Walaupun RAM sebanyak 8GB DDR4, komputer riba ini tidak mengeluarkan haba yang panas kerana, ia telah dilengkapi kipas penyejuk AeroBlade 3D. Dengan mengekalkan suhu yang optimum, meletakkan tangan pada permukaan logam berwarna merah ini tidak lagi terasa seperti dimasak. Disamping itu, memori pada kerangka badan yang solid ini hadir dengan 256GB SSD dan 1TB HDD yang pantas.
Visual yang jelas ialah salah satu komponen penting yang perlu dititik beratkan, maka, Acer telah meletakkan Helios 300 ini bersama paparan HD penuh bersaiz 15.6 inci. Sementara, sistem audio dan speaker menggunakan Dolby Audio Premium dan Acer TrueHarmony menjanjikan bunyi yang mengasyikkan.
Sambungan tanpa wayar kini lebih pantas menerusi teknologi 2×2 802.11ac serta disokong dengan port Gigabit Ethernet ultra-laju. Peranti ini juga dilengkapi dengan satu port USB Type-C, USB 3.0, dua port USB 2.0, dan satu sambungan HDMI 2.0

Acer Nitro 5


Beralih kepada model ini, ia menampilkan kerangkan badan berwarna hitam matte dengan kemasan yang menarik. Rekaan yang canggih dan bergaya ini dibekalkan dengan pemproses Intel Core i5 atau i7 Generasi Ketujuh. Kad grafik pula ditugaskan kepada GeForce GTX 1050Ti dengan sokongan memori DDR4 2400MHz mencapai 16GB. Dalam masa yang sama, perisian masih lagi menggunakan Windows 10.
Kekerapan bermain permainan video boleh menghangatkan komputer, oleh itu, teknologi kipas berkembar Acer Coolbost telah disediakan. Capaian internet juga pantas dengan kehadiran teknologi tanpa wayar MIMO 2×2 802.11ac terkini. Di bahagian luaran, terdapat satu port USB 3.1 Type-C, USB 3.0, dua port USB 2.0 dan tidak ketinggalan port HDMI 2.0.

Komputer riba dengan kualiti hiburan seperti Dolby Audio Premium dan Acer TrueHarmony dijual dengan tanda harga RM3,299 (i5,GTX1050) dan RM4,699 (i7, GTX1050Ti).
Mulai 3 Ogos hingga 30 September, para pelanggan akan menerima perisian Microsoft Office 365 untuk mana-mana pembelian model-model Acer terpilih di antara RM3,000 dan RM3,999, manakala, untuk RM4,000 dan ke atas, pelanggan akan menerima satu 1TB Hard Disc Drive secara percuma. Kempen “Be Cool Everyday” boleh dilayari melalui laman sesawang Acer.

