
Studio9 dari Samsung ini bertempat di hadapan pusat membeli-belah Fahrenheit 88, ia merupakan sebuah studio yang penuh dengan bunga-bunga indah di tengah-tengah Bandaraya KL. Anda boleh mengambil gambar bunga indah dengan ciri-ciri unik pada kamera Samsung Galaxy S9 dan S9+.
Baca Juga:
- Reviu Eksklusif (Bah 1): Samsung Galaxy S9 – Peranti Kompak, Kamera Gempak!
- Reviu Eksklusif (Bah 2): Samsung Galaxy S9 – Bixby Lebih Pintar, Sistem Nyahkunci Cemerlang!
- Reviu Eksklusif (Bah 3): Samsung Galaxy S9, Hasil Terbaik Daripada Samsung
Mulai sekarang hingga 31 Mei 2018 (10 pagi hingga 10 malam), rakam setiap detik indah anda dalam pemandangan indah ini dengan Super Slow-mo dari Galaxy S9 dan S9+. Anda boleh membawa balik sepasang tiket wayang hanya dengan muat naik video Super Slow-mo tersebut ke Instagram anda dengan hashtag #TakeItSloMalaysia.
Mudah sahaja! Tunggu apa lagi?! Sama-sama kunjungi Studio9 hari ini dan tunjukkan bakat kreativiti anda dalam video Super Slow-mo.

