
Promosi hebat sedang berlangsung!
Vivo Malaysia kini sedang mengadakan promosi dimana anda kini ditawarkan rebat tunai sebanyak RM100. Rebat tunai ini boleh digunakan apabila anda menukar apa sahaja telefon lama anda kepada telefon pintar vivo Y66 (RM999) yang baru. Penukaran ini sah selagi telefon lama anda masih lagi boleh dihidupkan. Tawaran ini boleh dinikmati di semua kedai-kedai konsep vivo seluruh negara.

Vivo Y66 hadir dengan kamera depan 16 Megapiksel memastikan setiap gambar yang diambil menjanjikan kepuasan swafoto yang maksimum. Kapasiti RAM sebesar 3GB dan storan 32GB mampu memuatkan beribu gambar dalam satu-satu masa. Selain itu, ia juga menyediakan slot kad microSD yang menyokong sehingga 128GB.
Skrin gelas depan melengkung 2.5D dengan rekaan kerangka yang nipis terasa amat selesa dipegang walaupun ia tampil dengan saiz paparan 5.5 inci.


