Edisi Terhad! Huawei P10 Plus Rose Gold Dijual Di Malaysia

Huawei menawarkan kepada anda di luar sana sebuah telefon pintar kelas flagship Huawei P10 Plus dengan pilihan warna Rose Gold pada harga RM3,099. Varian edisi terhad ini akan mula dijual di seluruh Malaysia dengan stok yang sangat terhad bermula esok 4 Ogos 2017. Malah, warna ini juga akan menambah koleksi warna seperti sebelum ini Dazzling Gold, Graphite Black, Greenery, dan Dazzling Blue.

Menurut Matthew Ng, Timbalan Pengarah Huawei Malaysia, warna yang dikeluarkan ini dijangka akan ‘disapu habis’ oleh orang ramai terutamanya golongan wanita. Huawei P10 Plus juga sesuai digunakan untuk mengambil gambar kerana ia didatangkan dengan teknologi 3D facial dengan efek potret dan pencahayaan yang dinamik.

Kelengkapan seperti sistem dwi kamera Leica 12+20 Megapiksel OIS, paparan 5.5 inci, dan EMUI 5.1 turut dikatakan banyak membantu dalam menjadikan jenama Huawei sebagai pesaing yang hebat di kalangan pengeluar-pengeluar yang lain.

Anda yang berminat boleh layari laman rasmi Facebook Huawei Malaysia untuk mendapatkan keterangan lanjut.

You might also like