Beli Pelan Xpax Tambahan Dari Serendah RM3 Sehari

 

Celcom Axiata sekali lagi memperkenalkan pelan terbaik kepada anda pengguna Xpax di luar sana melalui pelan internet sehingga 15GB, Music Walla dan Video Walla (15GB) secara percuma. Ciri ini juga ditawarkan kepada semua pengguna Xpax untuk dinikmati mengikut keperluan masing-masing.

Para pelanggan dengan bebas boleh memilih antara empat pelan internet tambahan iaitu Pelan Harian RM5, Pelan Mingguan RM6 (500MB) dan RM19 (5GB) serta Pelan Bulanan RM79 (15GB dengan Music Walla dan 15GB Video Walla).

Pelan sedia ada iaitu pelan harian RM3 (1GB), pelan mingguan RM10 (2GB) dan pelan bulanan RM30 (5GB) atau RM50 (10GB) juga masih dikekalkan bersama Music Walla percuma tanpa had.

Selain itu, pelan bulanan tambahan juga boleh dibuat dengan mendapatkan Late Night Internet (15GB), Facebook Walla (FB, Twitter, WhatsApp, dan Wechat) atau Video Walla (15GB) pada kadar RM20 sahaja.

Celcom juga berharap pelan-pelan yang diperkenalkan ini dapat dinikmati oleh semua warga Xpax melalui rangkaian Lightning Fast LTE tanpa perlu bimbang kehabisan internet kuota.

Pek SIM permulaan Xpax dijual pada harga RM10 untuk Internet Asas Bulanan 10GB dan 10GB internet Facebook berkelajuan tinggi.

You might also like