- Iklan -

Instagram Menambah Ciri Baru “Live” Bersama Rakan

Instagram merupakan salah satu laman sosial yang sangat popular di Malaysia selepas Facebook, rata-rata penggunanya lebih gemar berkongsi pengalaman harian mereka menerusi fungsi “Live” berbanding fungsi lain.

Oleh itu, hari ini Instagram telah memperkenalkan ciri baru di mana anda boleh membuat rakaman secara langsung bersama rakan-rakan pengikut di mana sahaja. Sewaktu melakukan Instagram Live, anda boleh menjemput mereka dengan memilih melalui senarai profil mereka.

Selepas rakan dipilih menyertai Instagram Live anda, anda juga berhak untuk menggantikan mereka dengan rakan yang lain. Sementara, yang dijemput tersebut juga boleh menarik diri pada bila-bila masa.

Walaubagaimanapun, buat masa ini, Instagram hanya menguji ciri ini pada sebilangan pengguna sahaja dan ia terhad kepada dua orang. Jadi kepada anda yang masih belum menerima kemas kini terbaru ini, ia akan berada di platfom Android dan iOS dalam beberapa bulan akan datang.

You might also like