
Honor Note 8, Akan Dilancarkan Pada 1 Ogos 2016
Honor, nama yang semakin mendapat tempat di hati pengguna smartphone hari ini bakal memperkenalkan phablet pertamanya yang diberi nama Honor Note 8.
Berita mengenai peranti ini telah tersebar luas pada minggu lepas lagi, di mana Honor Note 8 bakal menampilkan paparan skrin berukuran 6.6 inci dengan resolusi 2K. Selain itu, ia juga turut dikuasakan oleh pemproses Kirin 950 selain menyediakan memori RAM sebesar 4GB.
Tidak seperti model Honor 8 yang menawarkan dua lensa kamera, peranti ini hanya menyokong sebuah lensa utama 13 Megapiksel, manakala kamera depan pula beresolusi 8 Megapiksel serta bateri Li-Ion berkapasiti 4400mAh.
Selepas tertirisnya maklumat berkaitan Honor Note 8 sebelum ini, melalui teaser yang dikeluarkan oleh pihak Honor Honor Note 8 bakal diperkenalkan pada 1 Ogos 2016 ini di China. Menariknya, Honor memperkenalkan peranti ini sehari sebelum pelancaran rasmi sebuah lagi phablet dengan jenama sama iaitu Samsung Galaxy Note 7.

