
Saksikan Motorola Droid Turbo 2 Dijatuhkan Dari Ketinggian 900 Kaki!!!
Motorola mendakawa bahawa peranti DROID Turbo 2 mereka merupakan smartphone paling lasak dengan skrin kalis pecah. Dakwaan tersebut telah menyebabkan ramai YouTubers menerimanya sebagai cabaran dan pelbagai ujian telah dilakukan ke atas peranti tersebut, namun peranti tersebut tetap bertahan hingga kini. Salah satu sebabnya adalah DROID Turbo 2 dibina dengan skrin yang diperbuat dari filem plastik yang sangat halus. Berlainan dengan kaca, filem plastik tersebut adalah hampir mustahil untuk dipecahkan.
Baru-baru ini UnlockRiver telah melakukan satu percubaan yang ekstrem untuk memecahkan DROID Turbo 2 dengan menjatuhkannya dari ketinggian 900 kaki (275 meter). Ikuti link untuk menyaksikan sama ada peranti yang didakwa kalis pecah selamat dari jatuhan dari ketinggian 900 kaki dengan menggunakan pesawat drone.

