
Honor V8 dengan Sokongan Dwi Kamera Bakal Didedahkan Bulan Depan
Honor dikatakan bakal tampil dengan sebuah model terbaru keluarannya pada bulan depan. Pendedahan awal ini telah dibuat melalui imej ‘teaser’ yang telah dikeluarkan oleh pengeluar dari China itu yang telah mengesahkan kemunculan model V8 pada 10 Mei nanti. Walaupun tiada banyak maklumat yang diperolehi, jelas dapat dilihat daripada imej ‘teaser’ tersebut bahawa Honor V8 akan menyokong dwi kamera. Malahan ada dakwaan yang mengatakan ia akan dikuasakan dengan cipset HiSilicon Kirin 950 serta RAM berkapasiti 4GB.

