Acer Spin 3 Kini Dah Rasmi Di Malaysia! – Harga & Ketersediaan Bermula RM2,699!

629

Bersempena dengan ulang tahun ke-30, Acer Malaysia nampaknya membawa kejutan kepada orang ramai dengan merasmikan sejumlah peranti baharu – salah satunya dikenali sebagai Acer Spin 3 yang mana harga dan kertersediaan harga untuk pasaran tempatan bermula daripada RM2,699.

Acer Spin 3 didatangkan dengan pilihan 2 varian yang mana ia ditampilkan dengan Intel Core i3 – 1005G1 / Intel Core i5 – 1035G1 yang sangat menarik. Dari aspek memori, ia dihadirkan dengan 4GB / 8GB LPDDR4 dan dipadankan dengan storan 512GB PCIe NVMe SSD.

Paparan skrin juga sangat baik apabila ia ditampil dengan dengan 14” Slim Bezel Full HD IPS Multi Touch Display yang nyanta memberikan tontonan terbaik kepada pengguna. Dari segi aspek grafik pula, ia dibekalkan dengan dua (2) varian iaitu Intel UHD Graphics atau Intel Iris Plus Graphics dengan hasil grafik menakjubkan. Lebih unik, ia turut di datangkan dengan Intel Wireless Wi-Fi 6 AX201.

Harga & Ketersediaan : 

  • RM 2,699 (SP314-54-38F9)
  • RM 3,199 ( SP314-54-54FB)