- Iklan -

Jangan Lupa Dapatkan! Acer TravelMate P6 Kini Di Malaysia – Harga & Ketersediaan Bermula RM3,499

Seriring pelancaran Acer Spin 3, jenama terkemuka berkenaan turut memperkenalkan sebuah lagi komputer riba baharu iaitu Acer TravelMate P6. Ia dilihat menawarkan sejumlah perkakasan menarik bersama harga yang terbaik – bermula RM3499. Bagi yang berminat korang dah boleh menabung okay!

Acer TravelMate P6 dilengkapi dengan pemproses Intel Core i5-1021OU / Intel Core i7 -1021OU yang dipadankan dengan sokongan memori 8GB DDR4. Ia juga tampil dengan pilihan kad grafik NVIDIA GeForce MX250 dan sehingga 1TB tindak balas generasi ke-3 x 4 PCIe SSD menggunakan teknologi NVMe.

Acer TravelMate P6 didatangkan dengan paparan berukuran 14” FHD IPS Multi Touch dengan hasil paparan yang sangat terbaik. Apa yang menarik lagi mengenainya adalah ia dibekalkan dengan ketahanan bateri yang lama iaitu mencecah sehingga 20 jam. Bateri ini turut menyokong pengecasan pantas – berupaya mengecas sehingga 50% dalam masa 45 minit. Ia turut melepas ujian ketahanan lasak ketenteraan MIL-STD-810G dan 810F.

Acer C250i

Dalam majlis yang sama, Acer turut memperkenalkan projektor baharu keluaran mereka yang sangat kompak dan berkuasa. Tampil dengan beberapa ciri menarik yang pasti membuatkan anda mahu membelinya. Berikut adalah spesifikasinya:

⚡️ Auto Portrait Projection
⚡️ FHD
⚡️ 360 Multi Angle Projection
⚡️ jangka hayat bateri sehingga 5 jam
⚡️ Bluetooth Wireless Audio
⚡️ WiFi menyokong Android, iOS & Windows
⚡️ 300 ansi brightness

 

Harga & Ketersediaan : 

Acer TravelMate P6

  • RM4899(P614-51T-G2-55Z1)
  • RM6299(P614-51TG-G2-78WZ)

Acer C250i

  • Harga: RM1699 (kini tersedia)

 

You might also like