[Khabar Angin] vivo X20 Bakal Diumumkan Minggu Hadapan

Dikhabarkan satu lagi telefon pintar dengan skrin hampir penuh vivo akan diperkenalkan. Melalui imej teaser yang dikeluarkan sendiri oleh syarikat China ini di laman rasmi akaun Weibo, apa yang boleh dilihat ialah peranti terbaru ini akan diumumkan pada 21 September depan.

Mengikut ura-ura, vivo X20 ini akan dimuatkan dengan cip pemproses Snapdragon 660 bersama RAM setinggi 6GB. Paparan skrin lebih efisyen menerusi skrin jenis AMOLED 5.8 inci 2160 x 1080p. Sementara, tetapan dwi kamera pula menempatkan sensor sebesar 24 Megapiksel di bahagian belakang dan juga depan.

Baca juga : vivo V7+ Bakal Menyerikan Fifa World Cup 2018

Tetapi jika benar bateri yang dibekalkan hanya sebesar 3,500mAh, ia menjadikan peranti ini tidak mampu bertahan lebih lama berbanding model dari jenama pengeluar lain. Dengan ketiadaan butang di depan, peranti ini mungkin akan menggunakan sistem pengecaman wajah untuk membuka kunci.

Namun, untuk maklumat mengenai perkakasan lain masih lagi belum didedahkan. Apa-apa pun kita tunggu sahaja sehingga tarikh pelancarannya.

You might also like