

Hari ini Digi membuka pendaftaran secara atas talian untuk pelan pascabayar terbaru Digi Postpaid Infinite 100 kepada pelanggan baru dan sedia ada. Pelan ini menawarkan data dan panggilan tanpa had pada kadar RM100 sebulan.
Anda mungkin berminat: Pencabar Webe Sudah Tiba, Perkenalkan Digi Postpaid INFINITE
Selain itu, Digi turut menyediakan perkhidmatan pas hotspot kepada pengguna pelan Infinate 100. Data yang diberikan bukanlah tanpa had tetapi hanya dibataskan kepada 20GB sahaja. Tambahan, kelajuan internet pengguna juga hanya dihadkan kepada 5Mbps berbanding kelajuan tanpa had di Infinite 150.

Pelan menarik ini hanya dibuka kepada umum selama lima hari sahaja bersempena dengan Hari Malaysia. Bagi anda yang sedang mencari pelan yang mengikut citarasa, Digi Postpaid Infinite 100 boleh dipertimbangkan.

