Shopee Malaysia Berkolaborasi Dengan Pos Malaysia Untuk Melancarkan Program Penghantaran Percuma

KEMAS KINI!
Tempoh “Program Penghantaran Percuma” terhad sehingga 30 Jun 2016 sahaja.


Shopee
selaku laman web membeli-belah sosial yang pertama seumpamanya dengan lebih dari 12 juta pengguna dari rantau ini telah berkolaborasi dengan Pos Malaysia. Jalinan ini sekaligus membolehkan pelanggan Shopee untuk membuat pembelian barang tanpa dikenakan sebarang caj penghantaran. Pelancaran program ini secara tidak langsung berupaya memudahkan dan melancarkan proses jual beli.

(Dari kiri) Ian Ho – Pengarah Urusan Serantau Shopee dan Dato' Shukrie Mohd Salleh – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, melancarkan 'Program Penghantaran Percuma' untuk pelanggan Shopee.
(Dari kiri) Ian Ho – Pengarah Urusan Serantau Shopee dan Dato’ Shukrie Mohd Salleh – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, melancarkan ‘Program Penghantaran Percuma’ untuk pelanggan Shopee.

Versi Beta yang telah dilancarkan pada Mei lalu untuk penjual terpilih yang telah dibuat secara berperingkat ini bertujuan untuk memantau perkembangan dan penerimaan Program Penghantaran Percuma ini. Program ini akan memberikan subsidi yang dihadkan kepada penjual untuk penghantaran barangan di Semenanjung Malaysia dan juga Sabah dan Sawarak.

Program Penghantaran Percuma ini sudah bermula pada 1 Jun 2016 dan ia meliputi penghantaran barang ke seluruh Malaysia.
Program Penghantaran Percuma ini sudah bermula pada 1 Jun 2016 dan ia meliputi penghantaran barang ke seluruh Malaysia.

Selain mampupic 4 menarik perhatian pengguna untuk membeli barang tanpa dikenakan caj penghantaran, program ini juga turut memberikan keuntungan kepada penjual kerana permintaan yang lebih meluas dari seluruh negara. Sehubungan dengan pelancaran Program Penghantaran Percuma, Shopee turut menawarkan akses percuma ke program keusahawanan dan juga bengkel yang dikenali sebagai Shopee University untuk mendidik dan memberi pendedahan kepada bakal usahawan dalam industri eDagang.

Android
iOS

You might also like