
U Mobile Sdn Bhd, syarikat telekomunikasi dengan rangkaian mudah alih terpantas di Malaysia dengan penuh rasa gembira dan bangganya, telah mengumumkan bahawa pelanggan U Mobile kini dapat memiliki peranti Huawei apabila mereka melanggan U Package, tanpa bayaran faedah yang percuma dan di dalam pelan yang serba lengkap serta mampu milik.
Melalui pelan P50 dan P70, anda kini boleh memilki barisan peranti seperti Honor 4C, Honor 5X dan Huawei P9 yang terkini. Sempena pelancaran tawaran ini, U Mobile membuka peluang terhad kepada anda semua untuk memiliki Honor 4C pada kadar bayaran RM 10 sebulan sahaja, namun tawaran ini hanya boleh didapatkan sementara stok masih ada. Jadi anda perlu cepat mengambil peluang ini dan dapatkan peranti Huawei dan Honor dari U Mobile.