
Microsoft Menjual Lesen Perisian Kepada Xiaomi
Hari ini Microsoft telah menjual kira-kira 1,500 paten perisian mereka kepada syarikat Xiaomi yang dikatakan bakal menyaksikan kerjasama jangka panjang antara kedua-dua syarikat tersebut. Perjanjian tersebut juga membolehkan Xiaomi menggunakan perisian Microsoft di dalam peranti mereka sebagai perisian siap terbina.
Berdasarkan perkembangan ini, Xiaomi bakal menerima kelebihan dari segi pertandingan perisian kerana Microsoft sememangnya mempunyai reputasi yang sangat baik sebagai pengeluar perisian produktiviti seperti Office, selain itu aplikasi Skype juga mempunyai pengguna yang ramai.
Sameer Singh, seorang penganalisis pasaran di UK menjangkakan bahawa langkah yang diambil kedua-dua syarikat akan membawa impak yang besar kepada jenama Xiaomi dalam pasaran Eropah. Dijangkakan bahawa kerjasama ini akan membuka mata pasaran terhadap produk yang ditawarkan oleh Xiaomi.