
Samsung Galaxy Tab A (2017) Dilancarkan Dengan Bateri 5,000mAh

Samsung tidak melupakan siri tabletnya, pada kali ini sebuah peranti yang bersaiz 8 inci telah diperkenalkan kepada umum. Samsung Galaxy Tab A (2017) yang memiliki resolusi skrin 1200×800 dijana oleh cip SoC Quad-core 1.4GHz.

Peranti ini menerima RAM sebanyak 2GB di samping storan dalaman seluas 16GB sahaja. Dibekalkan dengan kamera 8 Megapiksel di belakang, ia juga dilengkapkan dengan kamera 5 Megapiksel di bahagian depan. Tablet yang berukuran 212.1 x 124.1 x 8.9mm ini dianggarkan seberat 364g telah memuatkan bateri sebesar 5,000mAh.
Walaupun mendapat spesifikasi yang sederhana, ia masih menerima sistem OS Android 7.0 Nougat. Bagaimanapun, tablet ini hanya dilancarkan di pasaran Vietnam dengan tanda harga VND6,490,000 (lebih kurang RM1,201) sebuah. Ketersediaan model ini di negara asia lain termasuk Malaysia masih lagi belum diketahui.

