
Kemaskini Windows 10 Mobile Ditangguhkan!
Sistem operasi Windows 10 Mobile yang pada mulanya dijangka bakal dilancarkan sekitar bulan Disember 2015 telah ditangguhkan oleh Microsoft, dan menurut mereka sistem operasi terbaru itu akan dilancarkan tahun hadapan pada beberapa model smartphone terpilih. Buat masa kini, Lumia 950 dan 950 XL merupakan peranti yang telah beroperasi dengan sistem ini.
Beberapa peranti lama yang sebelum ini telah diumumkan akan menerima kemaskini Windows 10 Mobile turut ditangguhkan, peranti tersebut adalah Lumia 930, Lumia 830, Lumia 735, Lumia 640 XL, Lumia 640, Lumia 540, Lumia 535, Lumia 532, Lumia 435 dan juga Lumia 430. Walaupun kesemua peranti ini akan menerima kemaskini Windows 10 Mobile, namum fungsi paling menarik pada sistem operasi ini iaitu Continuum tidak akan disokong. Hanya peranti dengan pemproses Snapdragon 810 dan 808 mampu menggunakan fungsi ini kerana ia memerlukan kuasa pemproses yang tinggi.

