Digi Dan AeroMobile Lancar Perkhidmatan Internet Dalam Pesawat

1291
- Iklan -

Digi dan AeroMobile Communications Limited telah menjalinkan kerjasama yang membolehkan anda menikmati servis internet di dalam pesawat. Servis tersebut boleh dinikmati pelanggan pascabayar Digi yang menaiki pesawat Malindo Air jenis Boeing 737-900ER yang melakukan penerbangan ke Mumbai, Delhi, Amritsar, Kochin, Trichy, Trivandrum, Kathmandu, Perth, Kota Kinabalu, Kuching, Bali dan Bangkok.

Photo 1Untuk menggunakan perkhidmatan internet ini, pelanggan akan dicaj sebanyak RM32 sehari dan ia beroperasi seperti perkhidmatan perayauan di mana anda akan dihubungkan ke rangkaian AeroMobile. Selain pada Malindo, pelan pascabayar Digi juga turut boleh menikmati akses internet pada penerbangan Singapore Airlines, KLM Airlines, Air France, Qatar Airways, Etihar Airlines dan beberapa lagi.