

vivo kini dilihat sangat agresif memasarkan produk mereka di Malaysia dan seluruh dunia. Pengenalan telefon pintar dengan skrin hampir penuh kini dilihat menjadi ikutan kepada banyak pengeluar termasuklah vivo sendiri. Kali ini vivo pula dengan bangganya ingin memperkenalkan V7+, sebuah telefon pintar dilengkapi skrin IPS dengan nisbah 18:9 yang diberi nama FullView Display.

Vivo V7+ direka khusus untuk keselesaan si pemakai apabila memegangnya. Dengan menawarkan nisbah skrin-ke-kerangka sebanyak 84.4%, ia menjanjikan pengalaman hiburan yang betul-betul mengasyikan. Selain itu, ia juga akan memastikan pengguna akan berasa puas ketika membaca, bermain, atau menonton video.
Vivo V7 dan V7+ dijangka akan bertemu pengguna Malaysia tidak lama lagi. Jadi, pastikan anda bersama kami untuk maklumat lanjut mengenai telefon pintar terbaru dari vivo.

