

Hari ini kita melihat banyak telefon pintar hadir dengan nisbah skrin 16:9 apabila diputarkan. Bagaimanapun, ia sudah menjadi trend semasa dimana kini ramai pengguna lebih berminat untuk mendapatkan peranti dengan skrin hampir tiada bingkai.
Oleh itu, sejak kebelakangan ini setiap pengeluar telefon pintar berlumba-lumba untuk berada di depan termasuklah vivo. Dikhabarkan, tidak lama lagi mereka juga akan memperkenalkan telefon pintar hampir tiada bingkai kepada pasaran dunia. Anda tidak percaya, lihat gambar dibawah :

Mampukah produk yang seterusnya ini akan menyaingi peranti hampir tiada bingkai lain diluar sana? Kita tunggu sahaja berita dan maklumat lanjut daripada vivo Malaysia.

