
Kurang dari dua minggu sebelum pelancaran rasmi model terbaru OPPO iaitu Find X di Malaysia. Menerusi Facebook OPPO Malaysia, ada sesuatu yang istimewa buat peminat OPPO di Malaysia.
OPPO Malaysia akan memilih 15 ahli O-fans yang bertuah untuk merasai sendiri pengalaman menggunakan OPPO Find X, bertempat di OPPO Store Nu Sentral pada 24 Julai 2018.
O-fans yang berminat untuk menyertai boleh mengisi permohonan di sini, yang telahpun dibuka bermula 6 Julai 2018. Peminat yang terpilih akan dimaklumkan menerusi emel.

