Dapatkan Rebat RM300 Untuk Huawei P10 Plus Dan Mate 9 Pro September Ini

Minggu lepas kita telah melihat upacara penutup Sukan SEA yang ke-29 di Kuala Lumpur. Setelah berjuang bermati-matian bersama 10 negara Asia Tenggara yang lain, kemenangan mutlak akhirnya berpihak kepada tuan rumah. Usaha dan titik peluh skuad atlet berjalur gemilang ini haruslah dibanggakan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Bagi meraikan 145 pingat emas yang diperolehi, Huawei Malaysia berbesar hati ingin memberikan rebat sebanyak RM300 kepada anda yang ingin membeli peranti pintar P10 Plus dan Mate 9 Pro. Rebat istimewa ini boleh ditebus di mana-mana Huawei Experience Store atau Huawei Display Zone bermula dari 1 September sehingga 30 September 2017.

Huawei P10 Plus yang didatangkan dengan skrin bersaiz 5.5 inci 2K bersama dwi kamera Leica boleh didapati dengan pilihan warna Dazzling Blue, Dazzling Gold, Greenery, Graphite Black, dan Rose Gold Edisi Terhad (akan datang) pada harga RM3,099. Manakala Huawei Mate 9 Pro dijual pada harga RM3,299 dengan dua warna iaitu Gold dan Grey hadir dengan RAM sebesar 6GB storan seluas 128GB.

 

Melalui promosi dan tawaran ini, ia secara tidak langsung memberikan peluang kepada anda diluar sana memiliki peranti berspesifikasi tinggi pada harga yang lebih menarik.

Baca artikel lain : Kejayaan Perenang Berirama Malaysia Diraikan Oleh Huawei

You might also like