Kejayaan Perenang Berirama Malaysia Diraikan Oleh Huawei

Zylane Lee Yhing Huey dan Gan Hua Wei di pejabat Huawei, Kuala Lumpur

Pada hari Ahad yang lalu, perenang berirama negara kita Zylane Lee Yhing Huey dan Gan Hua Wei telah berjaya menyumbangkan pingat emas untuk Malaysia dalam sukan SEA yang ke-29. Mereka yang beraksi dalam kategori duet di Pusat Akuatik, Bukit Jalil telah mencatatkan jumlah markah yang tertinggi iaitu 76.3000 sekaligus dinobatkan sebagai juara.

Oleh itu, Huawei selaku jenama yang tidak asing lagi di Malaysia dengan berbesar hati telah menghadiahkan mereka sebuah telefon pintar Huawei nova 2 Plus setiap seorang. Hadiah ini juga diberikan atas dasar pengorbanan mereka demi mengharumkan nama negara.

Dalam acara penyampaian cenderahati tersebut, Anson Zhang yang merupakan Pengarah Pemasaran Huawei Malaysia berharap agar hadiah yang diberikan dapat memudahkan mereka merakam saat manis di masa kelak.

Huawei nova 2 Plus yang baru masuk ke pasaran Malaysia menawarkan kamera depan 20 Megapiksel mampu mengambil foto dengan lebih tajam dan jelas. Kamera belakang yang menggabungkan dua sensor juga telah hadir bersama storan dalaman sebanyak 128GB. Selain itu, bateri yang berkapasiti 3,340mAh ini juga dilengkapi dengan teknologi pengecasan pantas.

 

Peranti dengan paparan skrin bersaiz 5.5 inci HD penuh ini dijual dengan tanda harga RM1,999 dalam pilihan warna Aurora Blue, Graphite Black, dan Prestige Gold.

You might also like