

Anda memiliki peranti iOS dan tidak sabar lagi untuk mencuba sendiri kemas kini terbaru iOS 11?! Nampaknya kini anda sudah boleh memuat turun dan memasang sendiri secara manual kemas kini terbaru tersebut kerana pihak Apple telah memperkenalkan secara rasmi versi Public Beta untuk dicuba oleh pemilik peranti iOS di luar sana secara percuma.
Tetapi ingin diingatkan bahawa kemas kini iOS 11 Public Beta ini masih lagi dalam peringkat percubaan dan anda mungkin akan berhadapan dengan pelbagai isu, jadi sekiranya anda tetap masih ingin mencubanya, ikuti proses yang akan dikongsikan oleh kami seperti berikut…
Adakah peranti iOS anda menyokong kemas kini iOS 11?!
Ingin kami tegaskan di sini bahawa tidak semua peranti iOS menyokong kemas kini iOS 11, jadi sila rujuk senarai kesesuaian peranti seperti di bawah:
iPhone
iPad
- iPad Pro 12.9 inci (generasi 2)
- iPad Pro 12.9 inci (generasi 1)
- iPad Pro 10.5 inci
- iPad Pro 9.7 inci
- iPad Air 2
- iPad Air
- iPad (generasi 5)
- iPad mini 4 / mini 3 / mini 2
iPod touch
- iPod touch (generasi 6)
Perhatian!
Apple menyarankan anda untuk menjalankan proses salinan (backup)
menggunakan iTunes sebelum menjalankan proses pemasangan iOS 11 Public Beta.
Anda juga disarankan untuk mencuba iOS 11 Public Beta ini pada peranti iOS
kedua dan bukannya pada peranti utama iPhone atau iPad milik anda kerana ia
mungkin akan berhadapan dengan isu atau bugs yang tidak sesuai untuk
penggunaan harian.
Proses Muat Turun & Pemasangan iOS 11 Public Beta
Langkah 1…
● Akses Safari pada peranti iOS anda dan masukkan pautan beta.
● Sekiranya anda belum pernah mendaftar, klik butang Sign up dan masukkan Apple ID dan juga kata laluan yang betul.
Langkah 2…
● Apabila telah berjaya mendaftar, paparan baru akan dipaparkan iaitu Guide for Public Betas.
● Tatal paparan skrin ke bawah dan pada bahagian Get Started, klik pautan ‘enroll your iOS device’.
Langkah 3…
● Satu lagi paparan baru akan dipaparkan dan anda perlu menatal paparan skrin ke bawah dan klik pada butang Download profile di ruangan 2. Download Profile.
● Klik butang ‘Allow’ untuk meneruskan proses seterusnya dan kini satu tetingkap baru akan dipaparkan iaitu Install Profile. Anda hanya perlu klik pada menu Install di bahagian atas kanan skrin.
Langkah 4…
● Masukkan kata laluan yang anda telah tetapkan pada peranti sebelum ini.
● Tetingkap ‘Consent’ akan dipaparkan pada skrin dan anda hanya perlu klik pada menu Install yang terletak di bahagian atas kanan skrin.
Langkah 5…
● Sebaik sahaja menu itu dipilih, klik sekali lagi pada butang Install yang terpapar pada bahagian bawah skrin.
● Untuk meneruskan proses muat turun dan pemasangan, anda perlu klik pada butang Restart yang dipaparkan pada skrin.
Langkah 6…
● Apabila peranti iOS anda telah berjaya di restart, akses Settings dan klik pada menu General.
● Kemudian klik pula pada menu Software Update.
Langkah 7…
● Klik pada menu Download and Install dan proses muat turun iOS 11 Public Beta akan mula dijalankan secara automatik selepas kata laluan dimasukkan.
● Apabila proses kemas kini habis dimuat turun, klik butang Install Now dan peranti iOS akan mula menjalankan proses pemasangan iOS 11 Public Beta.
Langkah 8…
● Sebaik sahaja proses pemasangan berjaya dijalankan, peranti iOS anda akan dihidupkan semula dan kini ia telah berjaya dioperasikan dengan iOS 11 Public Beta.









