IFA 2017 : TP-Link Memperkenalkan Neffos N1 Hadir Dengan Skrin 5.5”

Acara IFA 2017 yang sedang berlangsung di Berlin sekarang ini diadakan bertujuan untuk mempamerkan pelbagai teknologi-teknologi baru yang berkaitan dalam industri global. Ruangan pameran seluas 159,000 meter persegi ini disertai oleh 1,805 peserta dari seluruh dunia temsuklah TP-Link.

TP-Link selaku pembekal nombor satu dalam teknologi rangkaian tanpa wayar setempat (WLAN) telah memperkenalkan jenama Neffos pada tahun 2015 dengan pelbagai telefon pintar dari kelas permulaan sehinggalah ke kelas pertengahan. Kali ini, mereka telah mengumumkan satu produk terbaru dalam keluarga telefon pintar yang diberi nama Neffos N1.

Peranti ini hadir dengan rekaan yang premium dengan ketebalan hanya 7.5mm sahaja. Ia juga tampil dengan paparan skrin bersaiz 5.5 inci HD penuh. Kelancaran sistem operasi dikuasakan oleh RAM sebesar 4GB dan storan sebanyak 64GB. Bateri yang membekalkan kuasa pula mendapat sokongan pengecasan pantas melalui sambungan USB Type-C.

Menariknya, Neffos N1 juga dilengkapi dengan sistem dwi kamera pada bahagian utama sementara kamera tunggal pula ditugaskan di bahagian depan. Teknologi pada kedua-dua kamera ini mampu merakam gambar yang lebih cerah dan tajam walaupun dalam keadaan persekitaran yang malap.

Telefon pintar Neffos N1 yang bergaya dan berkebolehan ini dikatakan akan dipasarkan secara komersial tidak lama lagi pada harga mampu milik.

You might also like