
Neffos menyambut tahun baru dengan melancarkan dua model peranti ke dalam pasaran Malaysia. Neffos X1 dan X1 Max membawakan semangat dan misi TP-Link untuk menghubungkan anda dengan orang tersayang melalui perkakasan dan peranti yang berkualiti dan boleh diharapkan.

Kedua-dua model ini dilengkapi perkakasan dan fungsi terkini seperti pemproses Octa-core, slot dwi-SIM, pengesan cap jari dan lain-lain. Kerangka dan badan peranti pula diperbuat daripada aluminium yang menawarkan keteguhan kepada peranti ini. Di samping itu, bahagian sisi panel belakang telah dibentuk dengan baik dan teliti bagi memastikan anda selesa ketika memegang peranti ini.

Terdapat dua variasi bagi Neffos X1 dan X1 Max yang boleh anda pilih berdasarkan kapasiti RAM dan ROM. Mari lihat spesifikasi kedua-dua model ini:-
| Spesifikasi | Neffos X1 | Neffos X1 Max |
| Dimensi | 142 x 71 x 7.95 mm | 152.8 x 76 x 7.85 mm |
| Warna | Cloudy Grey & Sunrise Gold | |
| Paparan | 5 inci, HD 1280 x 720 piksel, 293 ppi |
5.5 inci, FHD 1920 x 1080 piksel, 403 ppi |
| CPU | Helio P10 Octa-Core | |
| GPU | ARM Mali-T860MP2 550MHz | ARM Mali-T860MP2 728MHz |
| Memori | 2GB RAM + 16GB ROM 3GB RAM + 32GB ROM Sokong microSD sehingga 128GB |
3GB RAM + 32GB ROM 4GB RAM + 64GB ROM Sokong microSD sehingga 128GB |
| SIM | Slot Dwi Nano SIM | |
| Kamera | Utama: 13 Megapiksel, PDAF Hadapan: 5 Megapiksel |
|
| Bateri | 2250mAh | 3000mAh |
| Ekstra | Pengesan cap jari | |
| Harga | 2GB RAM + 16GB ROM: RM 769 3GB RAM + 32GB ROM: RM 849 |
3GB RAM + 32GB ROM: RM 999 4GB RAM + 64GB ROM: RM 1199 |

