
Masih ingat Wiko Robby, peranti dari keluarga “Y” yang menawarkan fungsi entertainment yang sangat baik? Kini Wiko sekali lagi menggemparkan pasaran tempatan dengan melancarkan Robby 2GB yang baru.
Robby 2GB mempunyai skrin 5.5 inci HD IPS yang mampu memberikan kontras paparan yang baik. Selain paparan berkualiti, peranti ini juga mempunyai dwi-speaker berkualiti tinggi yang menjanjikan pengalaman multimedia tiada bandingan menerusi skrin besar untuk pengguna yang sentiasa bergerak.
Peranti ini boleh didapati dalam kemasan licin berwarna emas, juga mempunyai kamera hadapan 5MP dan flash selfie. Memori dalamannya adalah 16GB dengan sokongan kad microSD sebesaar 64GB. Wiko Robby 2GB terbaru ini kini dijual pada harga RM529.



