Essential Akan Memperkenalkan Telefon Pintar Pertama Mereka Dengan Rekaan Bezelless?

Essential ialah sebuah syarikat yang diasaskan oleh Andy Rubin, iaitu ‘Pencipta Android’. Sebelum ini, Andy telah memberitahu kepada dunia bahawa dia akan mencipta telefon yang hampir tiada bingkai. Kini, berkemungkinan mereka sedang membuat persiapan terakhir bagi melancarkan sebuah telefon pintar dengan reka bentuk yang unik.

Hari ini, laman media sosial rasmi Essential di Twitter memberitahu meraka akan mengadakan satu acara besar akan berlaku pada 30 Mei depan. Di samping itu, Essential mungkin akan melancarkan beberapa produk lain. Produk utama ini akan dilengkapi ciri-ciri mewah bersama spesifikasi tinggi dengan sistem modular terbina di dalam. Pengecasan bateri menggunakan penyambung magnetik dan kehadiran kamera spherical yang boleh merakam gambar 360 darjah. Paparan pula akan disertakan dengan saiz skrin 5.5 inci begitu juga kerangka logam dan kemasan seramik. Essential juga dilihat mengikut rentak Xiaomi pada model Mi Mix terdahulu.

You might also like