HTC Desire 12 & HTC Desire 12+ Kini Rasmi

Tidak dinafikan nama pengeluar HTC kurang menyerlah jika dibandingkan dengan jenama telefon pintar lain. Walaupun telah tampil dengan telefon pintar kelas atasan iaitu HTC U11+, ia dilihat gagal menyaingi nama besar seperti Samsung, Huawei mahupun Apple.

Terbaru, HTC telah mengumumkan dua model baru kelas pertengahan diberi nama HTC Desire 12 dan Desire 12+. Walaupun namanya hampir serupa, tetapi ia menyokong spesifikasi yang berbeza.

Menawarkan paparan skrin bernisbah 18:9 dengan saiz skrin berbeza, HTC Desire 12 tampil dengan skrin berukuran 5.5 inci manakala Desire 12+ pula sebesar 6.0 inci dan kedua-duanya beresolusi HD+ 1440×720 piksel.

HTC Desire 12 menyokong pemproses MediaTek MT6739 yang diserikan bersama 3GB RAM dan 32GB storan. Baterinya pula sebesar 2,730mAh dan dicas menggunakan sambungan microUSB 2.0 serta tidak menyokong pengecasan pantas.

HTC Desire 12

Untuk penggambaran pula, telefon pintar ini menggunakan lensa 13 Megapiksel f/2.2 dengan auto fokus PDAF dan kamera depan beresolusi 5 Megapiksel f/2.4. Satu lagi kekurangan pada peranti ini adalah tidak disediakan dengan sokongan pengimbas cap jari.

HTC Desire 12+

Bagi HTC Desire 12+ pula, ia menggunakan pemproses Snapdragon 450, 3GB RAM dan 32GB storan. Hadir dengan bateri berkapasiti 2,965mAh, ia menyokong pengecasan lebih baik berbanding Desire 12, berkuasa 5V/1.5A.

Malah penggambaran Desire 12+ juga berbeza, di mana ia menyokong dwi kamera utama 13MP + 2MP f/2.2 serta kamera swafoto pula beresolusi 8 Megapiksel f/2.0.

Buat masa sekarang, masih belum ada pengumum rasmi mengenai harga kedua-dua telefon pintar ini, tetapi ia dijangka tidak melebihi RM1,000. Datang dalam dua pilihan warna, Warm Silver dan Cool Black, ia akan mula dijual pada bulan April 2018. Maklumat lanjut boleh melayari laman rasmi HTC.

You might also like