[Tertiris] Xiaomi BlackShark – Selepas Antutu, Giliran Geekbench Pula!

Kebocoran ujian Antutu

Masih ingat peranti dari Xiaomi yang menegaskan “gaming”? Ya, peranti yang diberi kod nama Xiaomi BlackShark ini kini tertiris pula di laman Geekbench, di mana sedikit kandungan dalaman telah didedahkan.

Menurut sumber, peranti gaming ini dilengkapi dengan cip pemproses Snapdragon 845 dan disokong dengan 8GB RAM, jadi bermain permainan tidak menjadi masalah pun. Lebih-lebih lagi ia cukup layak menjadi pesaing Razer Phone.

Geekbench juga menyenaraikan dalam ujian Single-Core, Xiaomi BlackShark mampu mencapai nilai 2352 mata. Manakala dalam ujian Multi-Core pula, nilai yang dicapai adalah 8452 mata. Berdasarkan nilai ujian yang dipaparkan, jelas menunjukkan kehebatan peranti ini tidak boleh dipandang rendah oleh pesaing.

Adakah Xiaomi BlackShark akan memasuki pasaran tempatan? Kami rasa agak nipis peluangnya, apa-apa pun kita nantikan sahaja kebocoran lain.

 

 

You might also like