Digi Mengorak Langkah, Kini Melalui Program Perintis Bertemakan Kesihatan – Kempen Digi Stepz

1261
- Iklan -

Dalam usaha terus memberi perkhidmatan terbaik, Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) hari ini telah mengorak langkah lebih mantap lagi dengan mengumumkan perlancaran program perintis bertemakan kesihatan dinamakan Kempen Digi Stepz.

Kempen Digi Stepz merupakan sebuah program kesihatan perintis yang membolehkan warga Malaysia kekal cergas dengan mengukur purata langkah harian mereka menerusi penggunaan peranti kecergasan. Lebih menarik, para peserta juga akan memperoleh pelbagai ganjaran hanya dengan mengamalkan gaya hidup yang lebih aktif.

Program ini merupakan sebuah usaha sama Digi dengan pembekal insurans, AXA AFFIN Life; pembekal solusi penjagaan kesihatan dalam talian, BookDoc; dan pembekal aplikasi pengurusan gaya hidup iaitu Naluri.

Program ini terbuka kepada semua warga Malaysia yang berusia antara 18 hingga 39 tahun dan ianya berlangsung mulai 3 November sehingga 2 Disember 2018 di semua Digi Stores yang turut mengambil bahagian terutama di kawasan Lembah Klang. Maklumat lanjut layari SINI