Reka Bentuk Huawei P30 Tertiris?! 12GB RAM + 512GB ROM + 52MP Kamera?!

- Iklan -

Kehangatan siri Huawei Mate 20 masih tidak bereda lagi, terbaru tertiris lagi gambar acah dari peranti yang dikhabarkan bakal diperkenalkan pada bulan Mac 2019 nanti, iaitu Huawei P30!

Baca Juga: 10 Spesifikasi Padu Siri Huawei Mate 20 Yang Pasti Penuhi Keperluan Pengguna

Sebelum itu laman sesawang pernah terdedah spesifikasi berkuasa yang akan dijana pada Huawei P30 Pro, yang mana dibekalkan kapasiti RAM sebesar 12GB bersama 512GB ruangan storan,  manakala P30 akan menyokong RAM sebesar 8GB.

Terkini, terdedah pula reka bentuk siri Huawei P30 yang lebih jelas di mana skrin takuk masih kekal digunakan. Hanya saiz skrin takuk akan dikecilkan pada paparan skrin yang berukuran 6.4 inci, cip pemproses pula masih menyokong Kirin 980 di bawah sambungan 5G.

Untuk bahagian penggambaran, siri P30 hadir dengan tiga lensa masing-masing beresolusi 52MP + 25MP + 16MP. Menurut khabar angin, mod penggambaran malam akan dipertingkatkan prestasinya berbanding peranti Huawei sebelumnya, adakah “gergasi” ini menepati citarasa anda?

 

Baca Juga:

 

 

You might also like