Pencipta Android Bakal Memperkenalkan Perantinya

Andy Rubin, salah seorang individu penting yang melahirkan Android telah mendedahkan bahawa syarikatnya, Essential akan memperkenalkan sebuah peranti terbaru. Andy Rubin memuat naik sebuah imej menunjukkan sedikit rupa peranti tersebut yang nampaknya mempunyai rekaan paparan bezel-less.

Tidak ada informasi tambahan tentang peranti ini dan kita perlu menunggu pengumuman dan perkembangan seterusnya dari Rubin dan Essentials pada masa akan datang. Dengan latar belakang dan profil yang cukup gah di dalam dunia teknologi, pasti ramai yang mempunyai harapan yang besar untuk peranti dari Andy Rubin.

 

You might also like