Reviu Eksklusif: LeEco Le Pro3, Smartphone Prestasi Tinggi Pada Harga Mampu Milik

RM 1,399 (Set Original Import)

Di dalam pemilihan peranti, pasti nilai menjadi faktor utama dalam membuat keputusan. Harga yang dibayar haruslah berbaloi dengan kualiti dan apa yang mampu ditawarkan peranti. Oleh itu, kami perkenalkan LeEco Le Pro3, sebuah smartphone dilengkapi spesifikasi flagship pada harga yang jauh lebih rendah.

 

SPESIFIKASI
OS & UI EUI 5.8 (Ecosystem User Interface)
Android 6.0.1 Marshmallow
Pemproses Qualcomm MSM8996 Snapdragon 821
Quad Core (2 x 2.35GHz Kryo + 2 x 2.0GHz)
14nm FinFET LPP
Adreno 530 @ 653MHz
Memori 64GB UFS 2.0
4GB LPDDR4
Tiada slot kad microSD
Paparan 5.5 inci IPS LCD
1080 x 1920 piksel
403ppi
2.5D Corning Gorilla Glass 3
80% NTSC
Nisbah skrin-ke-kerangka 74.77%
Kamera Utama
16 Megapiksel
Sony IMX298 Exmor RS
1.12 μm
Aperture f/2.0
Phase Detection Auto Focus (PDAF)
Dual Real Tone LED Flash
Hadapan

8 Megapiksel
1.4 μm
Aperture f/2.2

 

Audio Speaker Stereo
CDLA Audio
Dolby Atmos
Output Audio Type-C
Bateri Lithium Ion 4070mAh
Quick Charge 3.0
Dimensi & Berat 151.4 x 73.9 x 7.5mm
• 177g
Sambumngan & Port • WiFi 802.11a/b/g/n/ac
• Bluetooth 4.2
• Inframerah
• NFC
• USB Type-C
Sensor • Gyroscope
• Proximity
• Ambient Light
• Geomagnetic / Gravity
• Hall
• Pengimbas Cap Jari

 

 

PAKEL PEMBELIAN
Aksesori
  • Adapter pengecas 3.6V-8V3A / 12V2A
  • Kabel USB Type-C
  • Sarung pelindung silikon
  • Buku manual
  • Penyesuai USB Type-C ke 3.5mm audio jack
  • Pin slot kad SIM
EKSTRA!
Penyesuai audio USB Type-C ke 3.5mm audio jack

Selain dilengkapi dengan sarung pelindung yang diperbuat daripada silikon bagi melindungi smartphone anda daripada tercalar, LeEco Le Pro3 turut didatangkan dengan satu lagi aksesori tambahan iaitu penyesuai USB Type-C ke 3.5mm audio jack. Memandangkan smartphone ini tidak dilengkapi dengan port audio jack 3.5mm, penyesuai ini membolehkan anda untuk menyambungkan earphone dengan sambungan port audio 3.5mm tanpa sebarang masalah.

 

REKA BENTUK

Reka bentuk smartphone ketika ini agak monotone dengan majoriti peranti dalam pasaran mempunyai estetik rekaan yang hampir sama. Le Pro3 juga tidak terkecuali, peranti ini mempunyai rekaan yang hampir-hampir sama dengan beberapa peranti lain di pasaran.

Mungkin kita tidak boleh lari dari pilihan reka bentuk yang semakin terhad ketika ini, namun tren persaingan membawakan sesuatu yang positif dari pihak pengeluar. Semakin banyak model ketika ini dibina dengan bahan binaan dan kualiti kerangka yang cukup baik. Le Pro3 mempunyai kerangka dan panel belakang besi yang juga menempatkan sensor pengesan cap jari. Bahagian hadapan pula dilengkapi skrin 5.5 inci.

Salah satu perkara utama yang anda perlu tahu adalah Le Pro3 tiada bicu audio. Anda hanya mempunyai dua pilihan sahaja jika anda mahu menggunakan earphone konvensional, sama ada menggunakan penyesuai audio USB Type-C atau pun menggunakan sambungan bluetooth. Namun anda tidak perlu terlalu risau akan masalah ini, kerana LeEco sudah pun menyediakan penyesuaiaudio Type-C di dalam pakej pembelian.

 

 
Secara keseluruhan, Le Pro3 adakah sebuah telefon pintar yang mempunyai kualiti binaan yang baik. Namun terdapat satu masalah kecil yang saya ingin bangkitkan, iaitu pada butang navigasi di bawah skrin. Nyalaan lampu butang ini hanya aktif beberapa saat sahaja semasa digunakan, lantas menyukarkan saya untuk membiasakan diri menggunakan butang navigasi ini.

 

PAPARAN

Bingkai hitam di sekeliling paparan

Skrin bersaiz 5.5 inci memberikan kepuasan ketika menonton video dan bermain permainan, namun segmen telefon pintar kelas pertengahan masih perlu mengurangkan spesifikasi di sekitar keseluruhan peranti. Oleh itu LeEco memilih paparan jenis IPS dengan resolusi Full HD. Skrin IPS berfungsi dengan baik di kawasan luar di mana paparan peranti masih boleh dilihat dengan jelas, namun ia sangat berbeza dari paparan jenis AMOLED dari segi tona, kontra dan kualiti warna.

Selain dari kualiti standard yang ada pada skrin IPS, terdapat satu isu pada skrin Le Pro3 yang perlu saya bangkitkan. Terdapat bingkai hitam yang jelas kelihatan pada paparan skrin peranti ini, ia tidaklah mengganggu penggunaan saya, namun alangkah lebih baik sekiranya bingkai paparan ini diminimalkan seperti kebanyakan paparan peranti lain.

 

ANTARAMUKA

Seperti kebanyakan telefon pintar dari China seperti Xiaomi, Huawei, Vivo dan OPPO, LeEco telah menampilkan persembahan antaramuka tanpa app drawer dan layout yang hampir serupa. Sungguhpun begitu, antaramuka EUI atau Ecosystem User Interface versi 5.8 ini juga menampilkan sentuhan tersendiri pada Le Pro3.

Lockscreen

Lockscreen nampak simple dengan paparan jam digital yang besar dan juga ruangan notifikasi pada bahagian bawah skrin. Selain itu ia juga turut mengekalkan paparan bar status pada bahagian atas dan juga ikon kamera untuk akses pantas.

 

 

 

 

Homescreen

Sama seperti kebanyakan jenama smartphone dari China yang lain, tiada akses App Drawer disediakan dan kesemua aplikasi akan dipaparkan terus pada tetingkap homescreen, anda juga tidak mempunyai pilihan susunan grid, EUI hanya menggunakan grid 4×5.

 

 

 

 

 

Homescreen Menu

Untuk mengakses menu homescreen, anda perlu menyentuh mana-mana paparan skrin yang kosong ataupun butang recent apps selama beberapa saat. Terdapat empat tab utama disediakan iaitu widgets, themes, wallpapers dan juga sort icons.

 

 

 

 

 

Settings

Paparan Settings telah diasingkan dalam dua kategori utama iaitu System settings dan juga App settings. Anda boleh mengakses kedua-dua tab ini dengan menggunakan kaedah swipe pada skrin.

 

 

 

 

Notification Area

Paparan Quick Settings telah diasingkan dari Notification Area dan dipindahkan kepada paparan khas yang boleh diakses melalui butang Recent Apps. Langkah pengasingan ini saya rasakan amat bijak kerana ia menampilkan paparan notifikasi yang lebih kemas dan minimal.

 

 

 

Recent Apps & Quick Settings

Untuk mengakses paparan antaramuka Recent Apps dan juga Quick Settings, anda perlu klik pada butang kawalan paling kiri. Selain memaparkan senarai aplikasi yang pernah diakses, terdapat tiga lagi ruangan tambahan iaitu quick apps, kawalan muzik dan juga quick settings.

 

 

 

Kamera

Antaramuka EUI menampilkan sokongan tetapan kamera dan juga pilihan mod penggambaran yang asas dan sesuai untuk anda yang lebih cenderung untuk mengambil gambar menggunakan mod automatik kerana tiada mod manual disediakan.

 

 

 

 

PRESTASI

Le Pro3 dilengkapi cip pemproses berstatus flagship semasa, cip Snapdragon 821 ini juga digunakan pada peranti Google Pixel, jadi tidak salah sekiranya kita mengharapkan prestasi yang serupa pada Le Pro3.

Selepas menjalankan ujian benchmark melalui aplikasi AnTuTu, skor yang dicatatkan Le Pro3 ternayata tidak mengecewakan. Le Pro3 disenaraikan di dalam 5 peranti terbaik ketika ini dari segi keupayaan pemprosesan, ketinggalan sedikit sahaja dengan iPhone 7, iPhone 7 Plus dan juga OnePlus 3T.

 

KAMERA

Kamera Le Pro3 dilengkapi sensor 16MP dengan kemampuan rakaman video 4K dan pelbagai mod tangkapan. Kamera hadapan pula mempunyai fungsi yang popular di kalangan pengemar selfie, iaitu Beauty Mode. Gambar selfie yang dihasilkan Le Pro3 agak baik, namun kadang kala Beauty Mode menala gambar sehingga efek yang dihasilkan agak keterlaluan, anda perlu mencuba beberapa darjah efek sebelum mendapatkan kualiti efek yang diingini.

Secara amnya, aplikasi kamera Le Pro3 bukanlah paling pantas yang kami pernah cuba, tetapi ia tidak pula mendatangkan sebarang masalah ketika digunakan. Cuma terdapat satu isu yang membezakan kelajuan kamera ini dengan kamera pada telefon pintar flagship lain. Terdapat selang masa di antara tangkapan gambar yang mungkin akan melambatkan proses sekiranya anda mahu menangkap imej secara pantas.

Dari segi kualiti pula, Le Pro3 tidak mampu bersaing dengan peranti flagship lain yang mempunyai tag yang sangat tinggi. Namun kamera Le Pro3 masih mampu menawarkan tona warna, kontra, butiran dan fungsi yang boleh dikategorikan baik serta memuaskan. Anda boleh lihat contoh gambar yang disediakan bagi melihat kualiti gambar yang dihasilkan.

HASIL GAMBAR
Outdoor
Makanan
Low Light
Makro

 

RUMUSAN

Adakah pembelian LeEco Le Pro3 berbaloi? Untuk mengetahuinya, kami bandingkan peranti ini dengan beberapa peranti flagship yang dikelaskan sebagai mesra ekonomi. Dari jadual perbandingan, jelas dapat melihat sama ada pembelian Le Pro3 berbaloi dari segi nilai atau pun tidak.

LeEco Le Pro3 Xiaomi Mi 5 OnePlus 3 ZTE Axon 7
RM 1,399 RM 1,399 RM 1,888 RM 1,999
Qualcomm Snapdragon 821
Quad-core 2.35GHz
Qualcomm Snapdragon 820
Quad-core 2.15GHz
64GB (UFS 2.0)
4GB RAM (LPDDR4)
X
32GB (UFS 2.0)
3GB RAM (LPDDR4)
X
64GB (UFS 2.0)
6GB RAM (LPDDR4)
X
64GB (UFS 2.0)
4GB RAM (LPDDR4)
microSD sehingga 258GB
5.5″ IPS LCD
1080×1920 piksel 401ppi
Corning Gorilla Glass 3
5.15″ IPS LCD
1080×1920 piksel
428ppi
Corning Gorilla Glass 4
5.5″ Optic AMOLED
1080×1920 piksel
401ppi
Corning Gorilla Glass 4
5.5″ AMOLED
1440×2560 piksel
538ppi
Corning Gorilla Glass 4
16 Megapiksel
1.12 µm
Aperture f/2.0
PDAF
X
Dual Real Tone LED Flash
16 Megapiksel
1.12 µm
Aperture f/2.0
PDAF
OIS
Dual Real Tone LED Flash
16 Megapiksel
1.12 µm
Aperture f/2.0
PDAF
OIS
Single LED Flash
20 Megapiksel
1.1 µm
Aperture f/1.8
PDAF
OIS
Dual Real Tone LED Flash
Speaker Stereo
24-bit audio
CDLA Audio & Dolby Atmos
X
Speaker Mono
24-bit audio
X
Port 3.5mm audio jack
Speaker Stereo
32-bit audio
Dolby Atmos
Port 3.5mm audio jack
4070mAh
12V2A
3000mAh
12V1.5A
3000mAh
5V4A
3250mAh
12V1.5A

 

Dari segi harga, kita dapat lihat Le Pro3 dan Xiaomi Mi 5 ditawarkan pada harga yang lebih rendah berbanding peranti lain. Lebih menarik adalah pada harga yang lebih rendah, Le Pro3 merupakan satu-satunya peranti di dalam perbandingan ini yang menawarkan cip pemproses terbaru. Seperti yang kita sudah sedia maklum, pemproses Qualcomm Snapdragon 821 Quad-core 2.35GHz mempunyai prestasi yang lebih baik berbanding Qualcomm Snapdragon 820 Quad-core 2.15GHz. Jika anda mencari sebuah peranti pada harga berpatutan yang menawarkan kuasa pemproses yang hebat, Le Pro3 sememangnya disarankan.

Namun jika anda lebih pentingkan kualiti paparan, antaramuka, perisian, kamera dan lain-lain, terdapat beberapa pilihan peranti seperti OnePlus 3 dan ZTE yang pada pendapat saya lebih baik dengan paparan AMOLED dan kualiti kamera yang lebih baik. Rumusannya, pada harga RM 1,399, LeEco Le Pro3 merupakan salah satu peranti dengan kuasa pemproses flagship yang sangat berbaloi. Sekiranya anda berminat, boleh dapatkan peranti ini di Satu Gadget.

 

You might also like