
Adakah anda berminat untuk memiliki peranti terbaru keluaran Huawei iaitu model Mate 8? Bermula dari 8 April hingga 30 Jun 2016 ini, Huawei telah mengadakan program penukaran pelbagai model peranti dari jenama terpilih dengan rebat mencecah sehingga RM1,750.
Menurut Matthew Ng selaku Pengarah Pemasaran Kumpulan Perniagaan Pengguna Huawei Technologies Malaysia, program ini berfungsi sebagai platform yang hebat untuk pengguna telefon pintar untuk memiliki Huawei Mate 8 dan menikmati sendiri keupayaan penuh peranti ini tanpa perlu mengeluarkan wang yang banyak. Ini juga secara tidak langsung membuktikan sasaran Huawei untuk sentiasa tampil dengan kemungkinan baru bagi membolehkan pengguna dapat menikmati pelbagai produk berkualiti dengan kadar yang berpatutan.
Untuk program ini, Huawei menerima kebanyakan jenama telefon pintar utama dan ini termasuklah dari jenama Huawei sendiri. Antara jenama yang telah disenaraikan termasuklah Apple, Samsung, Sony, HTC dan juga Lenovo. Bagi mendapatkan senarai penuh model telefon pintar dan juga nilai tukaran, anda boleh mengunjungi mana-mana kedai Huawei. Sekiranya berminat, anda hanya perlu membawa telefon pintar yang ingin ditukarkan (tidak perlu bawa pengecas ataupun aksesori lain) dan ia perlulah di dalam keadaan yang baik serta boleh digunakan.
Maklumat lanjut layari www.facebook.com/HuaweiMobileMY

