Microsoft Bakal Menamatkan Pengeluaran Surface 3 Menjelang Penghujung Tahun Ini?

Microsoft Surface 3 yang diperkenalkan pada Mei tahun lepas merupakan sebuah komputer 2 dalam 1 bajet keluaran syarikat Microsoft. Nampaknya Microsoft sudah menetapkan penghentian pengeluarannya, di mana seorang jurucakap syarikat itu memberitahu bahawa menjelang penghujung Disember 2016, Microsoft akan menghentikan pengeluaran Surface 3.

SURFACE-3Khabarnya kemaskini utama untuk Windows 10 iaitu Redstone 2 akan dijadualkan pada musim bunga 2017 (sekitar April). Sempena dengan pelancaran tersebut, Microsoft akan memperkenalkan laptop 2 dalam 1 Surface baru, seterusnya menggantikan tablet Surface 3.

Redstone 2Menurut Microsoft, pelanggannya mahukan kepuasan dalam penggunaan Surface 3 dan penjualan Surface 3 berjumlah lebih 1/5 jualan keseluruhan daripada produk Surface, jadi jumlah jualan rendah bukanlah penyebab utama ianya diberhentikan itu.

Microsoft ingin mengekalkan sifat nilai mampu milik itu pada peranti Surface yang akan dikeluarkan seterusnya. Jika syarikat itu mahu menunggu sehingga kemaskini utama Redstone 2 sedia untuk dilancarkan, kita mungkin terpaksa menunggu lebih lama untuk melihat kemaskini peranti baru ini.

You might also like