
Superfly
Superfly adalah aplikasi video sosial yang membolehkan anda berkongsi detik-detik berharga di dalam hidup anda bersama keluarga dan rakan-rakan, dengan ini mereka dapat melihat dan berkongsi kegembiraan anda ketika bercuti atau pun menyambut hari istimewa. Sekiranya anda menonton video rakan, terdapat fungsi animasi yang boleh dihantar kepada video mereka untuk menunjukkan reaksi dan emosi anda, menarik kan.
Semua video adalah selamat dan tidak akan terbocor ke paparan umum, hanya anda dan rakan-rakan sahaja yang dapat melihat video tersebut. Apa yang anda perlu lakukan adalah muat turun aplikasi, kemudian cipta kumpulan bersama rakan atau keluarga anda. Selepas itu anda dan ahli kumpulan boleh menonton dan menghantar video antara sesama sendiri.
Muat Turun
- RM 0
- 52.6 MB
- iOS 8.0 dan ke atas

