
Sehubungan dengan pelancaran Samsung Premium Experience Store di Pavilion, Kuala Lumpur. Samsung Malaysia juga menambah satu lagi cawangan baru di kawasan Lembah Klang. Terletak di SS2, Petaling jaya, kedai ini merupakan kedai menjual barangan elektrikal khusus untuk peralatan rumah.

Disebabkan permintaan pelanggan yang semakin meningkat di kawasan ini, Samsung melalui kerjasama dengan E.S.H Electrical Sdn Bhd mengambil keputusan untuk membuka cawangan yang kedua dan dalam masa sama menjalinkan hubungan kerjasama hampir lapan tahun. Kini penduduk di sekitar SS2, Petaling Jaya boleh mengunjungi kedai ini dengan lebih mudah dan lebih cepat.
Dalam meraikan pembukaan kedai baharu, Samsung dan ESH Electrical Sdn. Bhd menawarkan sejumlah promosi kepada pelanggan yang hadir. Tiga pelanggan pertama yang membuat pembelian The Frame TV akan membawa pulang Customisable Frame dan Studio Stand secara percuma. Samsung juga menawarkan jaminan 2+2 tahun untuk mesin basuh yang terpilih. Ia juga didatangkan dengan bantal dan selimut untuk setiap pembelian.
Bagi anda yang berada di sekitar SS2, Petaling Jaya, anda boleh mengunjungi kedai ini bermula hari ini malah boleh juga mendapatkan maklumat mengenai promosi yang dijalankan.

