
Apa khabar orang Kota Kinabalu? Ada berita baik buat anda, kini Kota Kinabalu menjadi kawasan terbaru yang menerima servis perkongsian kenderaan Uber. Ini bermakna anda boleh bergerak dengan lebih mudah dan kepada mereka yang mencari sumber pendapatan tambahan bolehlah mendaftar untuk menjadi pemandu Uber, cuma pastikan kenderaan anda menepati piawaian yang ditetapkan Uber.
Untuk pengetahuan anda, Kota Kinabalu menjadi bandar ke 5 yang menerima servis Uber dan dijangkakan ia akan terus berkembang dalam usaha Uber memperluaskan lagi empayar mereka.
Untuk meraikan pencapaian itu, Uber menawarkan nilai berganda bagi semua referral code, menjadikannya kini bernilai RM 20! Lebih menarik lagi adalah Uber juga ingin membawa pengguna bertuah pergi bercuti di Le Meridien, Kota Kinabalu di dalam cabutan bertuah. Anda cuma perlu kongsikan referral code dan setiap kod dianggap sebagai satu penyertaan, anda boleh menghantar sebanyak mungkin penyertaan sehingga 19 Mei ini.
Untuk maklumat lanjut tentang cabutan bertuah ini, layari SINI