ASUS ZenFone 6 Menduduki Tangga Tertinggi Untuk Kamera Swafoto Di DxOMark

Sempena Computex 2019 di Taiwan, ASUS ZenFone 6 Edition 30 turut diperkenalkan dalam acara tersebut sempena ulang tahun ke-30 ASUS.

Terbaru, melalui laman rasmi DxOMark takhta peranti kamera hadapan terbaik kini telah bertukar pemiliknya! Samsung Galaxy S10 5G yang sebelum ini mencapai skor 97 di tangga tertinggi, kini telah menjadi kedua apabila ASUS ZenFone 6 berjaya mendahului dengan skor 98 untuk kamera swafoto.

Menurut DxOMark, ASUS ZenFone 6 berjaya mencapai skor 101 bagi kemampuan kamera dan skor 98 untuk rakaman video. Siri terbaru ini merupakan peranti ASUS yang pertama hadir dengan kamera yang boleh di flip (lipat), sekaligus memberikan satu nafas baharu bagi peranti ini.

[ ASUS ZenFone 6 Diperkenal – Sokong Kamera ‘Flip’ 48MP + Snapdragon 855 + 5,000 mAh ]

Hasil gambar yang diambil dengan ASUS ZenFone 6 – dari DxOMark

 

 

You might also like