Miliki HUAWEI P30 128GB Secara Percuma Menerusi Pelan Pascabayar Celcom Mobile

HUAWEI Siri P30 sudah rasmi dan bakal tersedia pada 6 April ini. Justeru Celcom tidak mahu ketinggalan dalam memberikan tawaran terbaik menerusi kempen rangkaian Celcom.

Menariknya pelanggan Celcom boleh mendapatkan HUAWEI P30 128GB secara percuma menerusi pelan pasca bayaran Celcom Mobile Platinum Plus dan 1 pelan tambahan. Pelanggan juga boleh mendapatkan P30 128GB pada harga RM70 sebulan menerusi pelan ansuran 24 bulan yang dikenali sebagai EasyPhone.

Pada masa yang sama, Celcom memberikan tawaran bagi model tambahan iaitu P30 Pro (256GB) dan P30 Pro (512GB). Bagi model P30 dan P30 Pro(256GB) ia akan ditawarkan dalam warna hitam, Aurora dan Breathing Crystal. Namun, P30 Pro (512GB) hanya boleh didapati dalam warna Aurora.

Siri P30 seperti yang diberitahu akan tersedia pada 6 April dan pelanggan boleh membeli di mana-mana Celcom Online Store, cawangan Celcom Bluecube dan Celcom Certified Partner di seluruh nengara.

Menariknya, anda bukan hanya menerima peranti itu sahaja. Pelanggan Celcom turut menerima sarung telefon pengecas tanpa wayar secara PERCUMA bernilai RM268 apabila mereka membeli Huawei P30 128GB. Dalam pada itu, pembeli P30 Pro 256GB dan 512GB pula akan menerima Casing Snorkeling Waterproof PERCUMA bernilai RM428, sementara stok masih ada.

Lebih mengujakan, pelanggan terawal yang membeli HUAWEI P30 dan P30 Pro dari bluecube Celcom di Taman Molek dan Sunway Iconic pada 6 April nanti berpeluang menerima Backup Storage 1TB HUAWEI bernilai RM599 dan HUAWEI Bluetooth Headset AM61 bernilai RM205.

Keterujaan memilik peranti HUAWEI siri P30 ini disebabkan oleh spesifikasi yang menakjubkan khususnya dalam fotografi yang mana bertepatan dengan slogan ‘Rewriting the Rules of Photography’. Peranti ini menampilkan kamera SuperSensing 40MP Leica Triple (40MP utama + 16MP lebar sudut + 8MP telephoto) dengan AIS dan OIS untuk P30.

Manakala bagi P30 Pro disertakan dengan SuperSensing 40MP Leica-made quad camera system, (20MP ultra wide + 40MP wide angle + 8MP 5x telephoto + ToF). Apa yang pasti, kedua-dua peranti ini disertakan dengan kamera swafoto 32MP dengan AI HDR+.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh melayari laman sesawang Celcom.

You might also like