
Mengenali jenama HUAWEI pastinya membuatkan kita berfikir tentang inovasi dihasilkan bagi setiap perantinya yang mana memudahkan kerja seharian penggunanya tidak kiralah sama ada telefon pintar mahupun komputer riba. Baru-baru ini HUAWEI telah melancarkan 1 lagi komputer riba berinovasi iaitu HUAWEI MateBook 13 yang mana ia menjanjikan teknologi terkini yang memudahkan pengguna.
MateBook 13 ini disertakan dengan 3:2 FullView Display dengan nisbah skrin ke kerangka hampir 90%dan skrin beresolusi 2K yang pastinya memberikan tontonan yang sangat jelas. Walaupun komputer riba ini sangat ringan dan nipis, namun ia masih disertakan degan spesifikasi yang terbaik!!!
Menerusi HUAWEI MateBook 13 ini, ia disertakan 1 ciri terbaharu iaitu HUAWEI Share iaitu teknologi ‘One Tap to Share’ yang mana dengan hanya 1 sentuhan anda mampu untuk berkongsi fail sama ada gambar, video atau Clipboard. Sangat mudah kan!!! HUAWEI MateBook 13 ini sangat serasi jika digandingkan bersama Siri HUAWEI P30 atau siri Mate 20. Bak kata pepatah ‘bagai pinang dibelah dua’. MateBook 13 membenarkan pengguna berkongsi 500 gambar dalam masa 1 minit!!!

HUAWEI Share, boleh melaksanakan proses perkongsian dengan sangat mudah dan pintar. Interaksi antara komputer riba dan telefon pintar kini menjadi lebih mudah. Proses pemindahan kini tidak lagi perlu menggunakan kabel kerana ia hanya dilakukan dengan sekali tap. Lebih menerujakan apabila anda boleh memidah fail dengan sangat pantas. Anda boleh menonton video “One Tap to Share” di pautan ini.
Jom kita lihat kelebihan yang diperoleh daripada menerusi HUAWEI Share ini.
Kemas Kini Media Sosial Kini Lebih Mudah!!!

Pada ketika ini media sosial boleh dikatakan nadi dalam proses komunikasi jarak jauh disamping berkongsi tentang perkembangan terkini. Remaja pastinya lebih cenderung menggunakan platform media sosial ini. Menggunakan peranti terbaharu, HUAWEI P30 bagi merakam gambar, remaja mudah untuk berkongsi gambar tersebut pada komputer riba mereka bagi tujuan editing. Gambar boleh dipindahkan kembali setelah editing dilakukan.
Bukan itu sahaja tau!!! Bagi setiap perkataan dari gambar yang dipindahkan ke MateBook 13 boleh dikenal pasti. Jadi remaja boleh mengambil gambar bahan bacaan mereka dan mereka boleh mengekstrak input bahan bacaan tersebut. Sangat mudah!!!
Remaja pastinya sering menghadapi masalah ketika menonton video bersama teman-teman menggunakan 1 telefon. Ini sebenarnya boleh diatasi menggunakan HUAWEI Share!!! Anda hanya perlu tap peranti HUAWEI anda pada MateBook 13 dan video tersebut dapat dikongsi pada teman-teman anda tanpa perlu memindahkan menggunakan kabel.
Memudahkan Kerja Seharian

Ini pastinya sangat mudah!! Anda boleh menyalin kandungan pada telefon pintar anda dan tampal kandungan tersebut pada komputer riba anda. Anda kini boleh melakukan kerja dengan lebih pantas. Contohnya kerja wartawan yang memerlukan proses pemindahan nota dari telefon tanpa perlu menaip semula ke komputer riba. Menggunakan HUAWEI Share pastinya mudah kerana anda boleh terus menyalin dari peranti anda ke Komputer riba.
Pemindahan Fail Bersaiz Besar
Pengguna tidak perlu bimbang untuk untuk memidahkan fail yang besar kerana HUAWEI Share boleh melaksanakan tugasan ini. Fail yang bersaiz lebih dari 200M boleh dipindahkan dengan pantas dan selamat. Semuanya dilakukan dengan hanya 1 sentuhan.
Mudah Melakukan Rakaman Skrin
Jika dahulu agak remeh melakukan rakaman skrin pada komputer riba dan memindahkan rakaman tersebut ke telefon pintar anda. Kini anda tidak perlu lagi bersusah payah. Rakaman menerusi Matebook 13 boleh terus disimpan pada telefon pintar anda.
Namun perkongsian Clipboard dan rakaman skrin tersedia bagi EMUI9.1 dan PC Manager 9.1. Tapi jangan bimbang versi lain akan dikemas kini dalam masa terdekat!!!
Cara tetapan HUAWEI Share ini sangat mudah. Ikuti langkah-langkah ini dan kerja anda pastinya akan dapat berjalan dengan sangat lancar.
Perkongsian gambar / video:
Langkah 1: Hidupkan HUAWEI Share dan ikon NFC
Langkah 2: Pilih fail, dokumen atau gambar dari telefon anda
Langkah 3: Tap telefon anda dengan berhemah pada komputer riba dan fail akan secara automatik dipindahkan kepada komputer riba
Langkah yang sama juga boleh dilakukan bagi melakukan pemindahan dari komputer riba ke telefon pintar anda.
Perkongsian Clipboard

Langkah 1: Hidupkan Bluetooth dan ikon NFC
Langkah 2: Pilih dan copy(salin) teks yang ingin dikongsikan dari telefon anda
Langkah 3: Menggunakan komputer riba, paste (tampal) perkataan tersebut di tempat yang diingini
Rakaman skrin:

Langkah 1: Hidupkan HUAWEI Share dan ikon NFC
Langkah 2: Goncangkan telefon anda ke bahagian sisi dengan berhemah sebelum tap pada komputer riba
Langkah 3: Telefon anda secara automatik akan melakukan rakaman skrin bagi video yang dimainkan di komputer riba anda.
Anda boleh mengawal durasi rakaman tersebut dan ia turut membenarkan anda berkongsi atau menyimpan video tersebut.

Jadi apa tunggu lagi!!! Dapatkan segera HUAWEI MateBook 13 bagi menikmati kelebihan-kelebihannya yang pasti memudahkan hidup anda. Ia tersedia pada 6 April ini bagi pasaran Malaysia. Pra tempahan boleh dilakukan sekarang sehingga 6 April ini.
|
Model |
Versi |
Harga (Termasuk SST) |
|
HUAWEI MateBook 13 |
i5/8G/256G/NVIDIA |
RM3,999 |
|
HUAWEI MateBook 13 |
i7/8G/512G/NVIDIA |
RM4,399 |
Bagi setiap pembelian membenarkan pembeli untuk memiliki hadiah percuma seperti beg Galas HUAWEI, HUAWEI Bluetooth Mouse dan setahun Microsoft Office 365.
Dalam pada itu, HUAWEI juga telah melebarkan lokasi jualan bagi MateBook 13 di HUAWEI Experience Stores, pengedar sah dan syarikat telco. Peminat dari seluruh negeri boleh merasai sendiri HUAWEI MateBook 13 di Roadshow yang dijalankan. Jadi jangan ketinggalan!!!
Lokasi Roadshow
|
Negeri |
Locasi |
|
|
HUAWEI Experience Stores |
Kuala Lumpur |
Pavilion Kuala Lumpur |
|
Kuala Lumpur |
Mid Valley Megamall |
|
|
Penang |
1st Avenue |
|
|
Kedah |
Aman Central |
|
|
Perak |
AEON Kinta City |
|
|
Johor |
AEON Bukit Indah |
|
|
Melaka |
Mahkota Parade |
|
|
Pahang |
Kuantan Highstreet |
|
|
Kelantan |
AEON Kota Bharu |
|
|
Sabah |
Imago Shopping Mall |
|
|
Sarawak |
The Spring Shopping Mall |
|
|
Celcom Blue Cubes |
Selangor |
Sunway Pyramid |
|
Johor |
Johor Bahru |
|
|
Digi Store |
Selangor |
Bangsar Shopping Centre |
|
senQ Digital Stations |
Putrajaya |
Alamanda Shopping Centre |
|
Negeri Sembilan |
AEON Mall Nilai |
|
|
Penang |
Gurney Plaza |
|
|
Johor |
Jusco Tebrau City |
|
|
Sabah |
Suria Sabah |
|
|
Sarawak |
AEON Mall Kuching |
|
|
Harvey Norman |
Selangor |
IPC Mutiara Damansara |
|
Courts |
Kuala Lumpur |
Courts Malaysia Setapak |
Dengan spesifikasi yang tinggi, anda boleh memiliki komputer riba pada harga di bawah RM4000 pastinya sangat berbaloi untuk dimiliki. Jadi apa tunggu lagi guys!!! Jom dapatkan segera.

