Kini Berkongsi Gambar 4K Di Facebook Messenger Bukan Lagi Masalah!

Tidak banyak aplikasi laman sosial yang menawarkan perkongsian gambar dan video pada resolusi besar. Terbaru, melalui Facebook Messenger, pengguna boleh berkongsi gambar dengan resolusi mencecah 4K. Menarik kan?

Dengan fungsi terbaru ini, saiz gambar maksimum telah ditingkatkan ke 4096×4096 piksel. Ia bukan sahaja mampu memaparkan gambar yang lebih jelas dan terang, tetapi juga teliti. Lebih istimewa, Facebook turut menjanjikan penghantaran gambar masih lagi pantas walaupun pada resolusi tinggi.

Perbezaan hasil gambar resolusi 4K

Buat masa sekarang, fungsi ini hanya tersedia kepada pengguna Facebook di Amerika Syarikat, Kanada, Perancis, Australia, United Kingdom, Singapura, Hong Kong, Jepun dan Korea Selatan terlebih dahulu. Seterusnya akan diperkenalkan kepada pengguna di negara lain secara berperingkat.

You might also like