Boost Tawar Diskaun 10% Untuk Pembelian Tiket KPOP Music Wave 2017

Pada 24 November 2017, bertempat di Setia Spice di Pulau Pinang akan berlangsungnya konsert pop Korea yang terbesar iaitu KPOP Music Wave 2017. Jadi ini merupakan peluang terbaik untuk anda menyaksikan persembahan bintang-bintang ternama dari Korea seperti B.A.P, Haha, Kim Jong Kook, Rain, T-ara, Kang Gary, Jessica Jung dan ramai lagi.

Dengan harga tiket yang dijual bermula pada harga RM168 untuk tempat duduk CAT5 sehingga RM728 untuk tempat duduk VVIP, anda boleh mendapatkan diskaun sebanyak 10% daripada harga tiket tersebut apabila membuat pembelian melalui aplikasi mudah alih Boost pada peranti Android ataupun iOS menggunakan kod QR. Untuk menikmati diskaun ini yang ditawarkan oleh Boost ini, pembelian tiket boleh dibuat di BuyTickets Office @ Mid Valley (10 pagi hingga 7 malam) ataupun BuyTickets Ticketing Counter @ Sg. Wang (12 tengahari hingga 9 malam).

Cara pembelian menggunakan aplikasi Boost:

Perhatian : Pastikan anda menghubungi BuyTickets Office di talian +603-2280 0363 untuk mendapatkan pengesahan sama ada tiket masih ada terjual ataupun tidak.

You might also like