OPPO Menjadi Penaja Rasmi Telefon Pintar Untuk Pertunjukan Fesyen Victoria Secret 2017

Kini Pertunjukan Fesyen Victoria Secret 2017 yang berlangsung di Shanghai Mercedes Benz Center telahpun berakhir semalam dan acara yang gilang-gemilang ini telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran OPPO, selaku jenama telefon pintar keempat terbesar di dunia dan menjadi pilihan golongan muda yang gemarkan aktiviti bergambar.

Buat pertama kalinya, OPPO telah menjadi penaja rasmi telefon pintar yang digunakan pada Pertunjukan Fesyen Victoria Secret 2017, sekaligus memperlihatkan gabungan antara fesyen dan juga teknologi. Apa yang lebih menariknya, malam yang sangat mempesonakan itu telah diserikan lagi kehebatan kamera peranti OPPO dalam mengabadikan detik-detik indah yang berlangsung pada malam itu.

Neelofa selaku duta produk OPPO F5, tampil anggun dengan fesyen serta gayanya yang tersendiri.

Neelofa selaku duta produk OPPO F5 yang telah dijemput ke acara itu juga tampil anggun dalam usahanya untuk mewakili fesyen dan juga gaya Malaysia di persada antarabangsa. Malah beliau juga dilihat telah menggunakan OPPO F5 edisi 6GB dengan sokongan teknologi A.I. Beauty Recognition bagi mendapatkan hasil gambar swafoto yang lebih sempurna sepanjang acara itu berlangsung.

You might also like