

Selaku jenama telefon pintar kedua terbesar di Malaysia, Huawei Malaysia telah berkolaborasi dengan telco tempatan iaitu Digi dalam menawarkan tawaran akhir tahun menarik untuk para pelanggannya. Kini pelanggan yang berdaftar dengan pelan pascabayar Digi 78, mereka akan turut menerima model Huawei Y7 Prime secara percuma. Sebagai rujukan, Huawei Y7 Prime yang dilancarkan pada Julai tahun ini dijual pada harga pasaran RM999.

Kini dengan komitmen sebanyak RM78 sebulan, pelanggan akan menerima Huawei Y7 Prime tanpa sebarang kos tambahan dengan peruntukan kuota Internet sebanyak 12GB (6GB setiap hari dan 6GB hujung minggu). Malah mereka juga berupaya membuat panggilan tanpa had ke semua rangkaian secara percuma. Tawaran ini boleh didapati di semua kedai Digi berhampiran anda mulai hari ini.


