WhiteStone Dome Mendakwa Mereka Satu-Satunya Pelindung Skrin Serasi Dengan Samsung Galaxy S10

Dikhabarkan bahawa Samsung Galaxy S10 didatangkan dengan sensor pengecaman cap jari ultrasonik yang terdapat di bawah kaca. Walau bagaimanapun, ini mungkin mendatangkan masalah ketika menggunakan skrin pelindung.

Namun Whitestone Dome mendakwa bahawa ia mungkin merupakan satu-satunya pelindung skrin yang serasi dengan peranti baharu ini.

Syarikat tersebut menerangkan tentang pelindung skrin pada ketika ini tidak berfungsi pada Galaxy S10 kerana terdapat ruang udara ketika proses pemasangan. Namun, Dome Glass menggunakan pelekat cecair ketika pemasangan pelindung skrin.

Pelindung skrin ini akan tersedia pada tarikh Galaxy S10 dirasmikan iaitu pada 21 Febuari dan mereka juga membuka pra-tempahan di lamasesawang Whitestone.

_______________________

Baca juga:

You might also like