Xiaomi Akan Buka 6 Lagi Mi Stores Di Malaysia Menjelang Mei 2018

Dalam majlis pelancaran Xiaomi Redmi Note 5 di Malaysia semalam, pihak Xiaomi turut menyatakan dimana mereka akan membuka lebih banyak kedai konsep di beberapa tempat di sekitar negara bagi menambah kedai konsep sedia ada. Sebanyak enam buah kedai bakal dibuka menjelang Mei 2018 antaranya di Johor Bahru (Paradigm Mall), Melaka (Dataran Pahlawan Megamall), Alor Setar (Aman Central), Kota Kinabalu (Imago KK Time Square), Selangor (Aeon Bukit Tinggi), dan Pulau Pinang (Sunway Carnival).

Menerusi pembukaan kedai-kedai yang bakal dibuka ini, Xiaomi berpendapat orang ramai terutamanya peminat jenama Xiaomi akan mendapat akses yang lebih mudah untuk mendapatkan barangan, termasuk daripada segi aspek ketulenan yang tidak perlu diragui. Selain itu, ia juga memberi alternatif kepada mereka yang tidak gemarkan pembelian secara dalam talian untuk melihat produk dengan lebih dekat.

Buat masa ini, Mi Stores yang boleh dikunjungi di Malaysia terletak di Kuala Lumpur (Suria KLCC dan NU Sentral), Putrajaya (IOI City Mall), Pulau Pinang (Queensbay Mall), dan Sabah (Mi Suria), sekaligus menjadikan keseluruhan 11 kedai rasmi di seluruh negara.

You might also like