
Memandangkan Hari Raya Aidilfitri bakal menjelma tidak lama lagi, vivo Malaysia telah melancarkan promosi hebat untuk musim perayaan ini. Bermula 10 Jun 2016 sehingga 31 Julai 2016, beli mana-mana smartphone vivo anda berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan.
Seorang pemenang bertuah akan menerima hadiah utama iaitu melancong ke Jepun selama 5 hari 4 malam untuk dua orang, 3 buah televisyen LCD 40 serta 5 unit smartphone vivo v3. Selain itu, vivo Malaysia juga telah menyedikan sebanyak 100 buah power bank yang dipilih secara rawak untuk diberikan secara percuma kepada pengguna semasa membeli smartphone vivo.
Keputusan akan diumumkan pada 5 Ogos 2016 di facebook vivo Malaysia dan laman rasmi vivo. Jadi tunggu apa lagi, jangan lepaskan peluang untuk melawat kedai-kedai sah milik vivo sekarang untuk memenangi hadiah utama!